Hubungi Kami :
Pejabat Tanah & Jajahan Kuala Krai 18000 Kuala Krai Kelantan
Tel: 09-9666393 / 09-9666963 Faks: 09-9667060 Email:
ptjkk@kelantan.gov.my
SEJARAH AWAL
Jajahan Kuala Krai
merupakan
jajahan kedua terbesar di Negeri Kelantan selepas Jajahan Gua
Musang. Jajahan ini juga adalah salah satu daripada jajahan yang
tertua yang telah diwujudkan oleh pemerintah British pada tahun 1909.
Namum Jajahan Kuala Krai dikenali secara rasminya pada 01 September 1977
dimana sebelum itu dikenali Jajahan Ulu Kelantan yang merangkumi seluruh
Jajahan Gua Musang dan Daerah Kuala Balah di Jajahan Jeli.
Pusat Pentadbiran
Jajahan pada mulanya terletak di Kg. Mengkebang, Jalan Batu Lada
dan kemudian berpindah berhampiran Tangga Krai (Tangga Bradley)
pada tahun 1927. Kini Pusat Pentadbiran Jajahan telah berpindah
ke bangunan baru berpusat di kawasan Guchil pada 22 April 1985.
KEDUDUKAN GEOGRAFI
Jajahan Kuala Krai
mempunyai keluasan 2,329 km persegi atau 910 batu persegi bersempadanan
dengan Jajahan Machang di Utara dan Jajahan Gua Musang di Selatan.
Manakala di sebelah Timur ia bersempadanan dengan Negeri Terengganu dan di
Baratnya ialah Jajahan Jeli.
Keluasan Jajahan Kuala Krai
berbanding dengan Negeri Kelantan adalah sebagaimana berikut :-
Keluasan
Kelantan
1,492,200Hek/14,922km2
Kuala Krai
222,500Hek/2,329km2
Sumber: UPEN
Bentuk mukabumi jajahan
ini berbukit bukau di sebelah Timur, Barat dan Selatan serta pamah di
sebelah Utara. Kedudukan tanah tinggi daripada aras laut
kebanyakannya antara 153m - 305m. Manakala aras yang tertinggi
ialah melebihi 915m iaitu sebelah bersempadan Jajahan Jeli.
Ketinggian mengikut
keluasan adalah sepertimana berikut :-
Ketinggian
Keluasan(Hek)
Kurang 150
192,189
151 - 130
14,250
306 - 915
23,250
Lebih 916
6,000
Sumber: Laporan Pelan Struktur.
DAERAH PENGGAWA
Jajahan Kuala Krai mengandungi 3 buah daerah iaitu Daerah Olak
Jeram, Daerah Batu Mengkebang dan Daerah Dabong. Terdapat 35
buah Mukim Penghulu dan 216 buah kampung. Maklumat
adalah seperti berikut :-
Bil
Daerah
Luas
(KM2)
%
Keluasan
Bil.
Mukim
Bil.
Kampong
1
Dabong
844.5
36.3
5
27
2
Olak Jeraam
757.6
32.5
10
67
3
Batu Mengkebang
726.9
31.2
20
122
JUMLAH
2329.0
100.0
35
216
Terdapat dua Pihak
Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Daerah Kuala Krai Utara mentadbir kawasan
seluas 12,494 hektar manakala Majlis Daerah Kuala Krai Selatan
merangkumi 162,128 hektar. Manakala bakinya ialah 60,611 hektar
adalah di luar Pihak Berkuasa Tempatan.
Pentadbiran Jajahan ditadbirkan melalui pecahan 3 Daerah dan Mukim
Penghulu. Mukim Penghulu mengikut daerah adalah seperti beikut :-
DAERAH
BATU MENGKEBANG
DAERAH
OLAK JERAM
DAERAH
OLAK JERAM
1) Mukim Batu
Balai
2) Mukim Batu Jong
3) Mukim Batu Lada
4) Mukim Bedal
5) Mukim Chenulang
6) Mukim Enggong
7) Mukim Guchil
8) Mukim Kenor
9) Mukim Sungai Durian
10) Mukim Keroh
11) Mukim Mengkebang
12) Mukim Kuala Nal
13) Mukim Kuala Pertang
14) Mukim Mambong
15) Mukim Pahi Barat
16) Mukim Pasir Kelang
17) Mukim Sri Kenangan
18) Mukim Telekong
19) Mukim Temalir
20) Mukim Tualang
1) Mukim Chuchoh Puteri
2) Mukim Gajah Barat
3) Mukim Gajah Timur
4) Mukim Lata Rek
5) Mukim Manek Urai Selatan
6) Mukim Manek Urai Utara
7) Mukim Manjor Selatan
8) Mukim Manjor Utara
9) Mukim Peria
10) Mukim Sungai Sam
1) Mukim Kandek
2) Mukim Kuala Gris
3) Mukim Pergau
4) Mukim Kuala Stong
5) Mukim Serasa
KEPENDUDUKAN
Jumlah penduduk Jajahan Kuala Krai
mengikut bancian tahun 2004 ialah seamai 163,952 orang dan pecahan
mengikut kaum dan unjuran adalah sepertimana berikut :-
Kaum
1990
%
1995
%
2000
%
2004
%
1. Melayu
92,916
91.4
110,246
90.9
130,810
90.9
149,018
90.8
2. Cina
5,685
5.6
7,282
6.0
8,657
6.0
9,862
6.0
3. India
2,650
2.6
3,364
2.7
3,990
2.8
4,545
2.7
4. Lain-Lain
354
0.4
121,339
0.4
463
0.3
527
0.3
Jumlah:
101,605
121,339
143,920
163,952
Sumber: (*) Unjuran atas kadar pertumbuhan
3.48% setahun
(**) Maklumat daripada UPEN Kelantan.
Purata kepadatan penduduk
ialah 15 orang/Km2 atau 39 orang per satu batu dengan kadar pertumbuhan
tahunan ialah 3.48%. Nisbah jantina agak seimbang di mana ada 102
lelaki bagi setiap 100 wanita. Pada tahun 1990 terdapat seramai
50,295 orang. Taburan mengikut umur bagi tahun 1995 adalah
sepertimana berikut :-
PENAFIAN: Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggungjawab
terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana
menggunakan
maklumat dalam laman ini