=

MAJLIS SAMBUTAN HARI INOVASI PERKHIDMATAN AWAM PERINGKAT NEGERI KELANTAN (AISAK)TAHUN 2018

Majlis Sambutan Hari Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Kelantan (AISAK) Tahun 2018 telah diadakan pada 5 November 2018 bertempat di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Nazran bin Muhammad selaku Setiausaha Kerajaan Kelantan. Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut dan mendapat tempat kedua dalam Kategori Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK).

Continue Reading

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2018 PERINGKAT NEGERI KELANTAN

Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai telah  menyertai Sambutan Hari Kebangsaan 2018 Peringkat Negeri Kelantan pada 31 Ogos 2018 (Jumaat), yang bertempat di Mini Stadium, Pasir Mas, Kelantan.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Ustaz Dato' Bentara Kanan, Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan.  

Continue Reading

MAJLIS LAFAZ IKRAR BEBAS RASUAH

Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah telah diadakan di Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai pada 12 April 2018. Majlis tersebut telah dihadiri oleh beberapa orang Pegawai SPRM dan semua kakitangan Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai.

Continue Reading

SUKANEKA PUSPANITA CAWANGAN JAJAHAN KUALA KRAI 2018

Puspanita Cawangan Jajahan Kuala Krai telah mengadakan sukaneka pada 21 Mac 2018 bersamaan 3 Rejab 1439H bertempat di Gelanggang Tenis, Kediaman Rasmi Ketua Jajahan Kuala Krai. Sukaneka tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Puspanita Cawangan Jajahan Kuala Krai Puan Hajjah Asmah binti Hj Ramli. Sukaneka tersebut telah berlangsung dengan jayanya.

Continue Reading

Majlis Penyampaian Hakmilik Tanah Desa Sri Pahi, Kuala Krai

YB Dato’ Timbalan Menteri Besar Kelantan telah hadir mewakili YAB Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan di Majlis Penyampaian Hak Milik Tanah Kediaman Desa Sri Pahi Jajahan Kuala Krai. Penyampaian terbebut telah diadakan pada 13 Disember 2017 bertempat di dewan Sri Guchil ,Kuala Krai. YB Dato’ Tmb menyampaikan pembahagian Surat Hak Milik Tanah untuk kediaman kepada seramai 421 orang penerima. Turut hadir sama YM Ketua Jajahan Kuala Krai.

Continue Reading

Program Sumbangan Ramadhan PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan bersama Majlis Orang-orang Besar di sekitar Jajahan Kuala Krai

Program Sumbangan Ramadhan PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan bersama Majlis Orang-orang Besar di sekitar Jajahan Kuala Krai telah diadakan pada 23 Mei 2017 bersama YM. Tengku Ketua Jajahan Kuala Krai, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Jajahan Kuala Krai, wakil MOB, Wakil Puspanita Cawangan Negeri Kelantan, wakil RISDA Negeri Kelantan dan AJK PUSPANITA Cawangan Jajahan Kuala Krai.

Continue Reading

Majlis Hi-Tea "Meet And Greet Hi-Tea"

Majlis Hi-Tea "Meet And Greet Hi-Tea" anjuran PUSPANITA Cawangan Jajahan Kuala Krai telah diadakan dengan jayanya pada 26 April 2017 (Rabu) bertempat di Dewan Majlis Daerah Kuala Krai. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Hajjah Ros Aini Binti Haji Ghazali, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan.

Continue Reading

Tawaran Pengurangan Tunggakan Denda Sebanyak 90% Kepada Semua Pemilik Tanah Yang Mempunyai Tunggakan Cukai Tanah

Sukacita dimaklumkan bahawa YAB Dato' Menteri Besar Kelantan dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2017 Negeri Kelantan pada 26 Oktober 2016 telah mengumumkan mengenai tawaran pengurangan tunggakan denda cukai tanah sebanyak 90% di bawah kelulusan Pengarah Tanah dan Galian mengikut peruntukan Kaedah 17A, Kaedah-Kaedah Tanah Kelantan 1966.

Tawaran ini berkuatkuasa bermula pada 01 November 2016 sehingga 31 Disember 2016 sahaja. Berikutan dengan itu, mana-mana permohonan pengurangan tunggakan denda yang diterima akan dipertimbangkan pengurangan sebanyak 90% tanpa mengambil kira kadar pengurangan denda yang sepatutnya layak dipertimbangkan sebagaimana Arahan PTG Bil. 1/2011.

Keratan Akhbar 2015

Tarikh Tajuk Sumber
19 Disember 2015 Terpaksa tinggal di beranda selepas banjir tahun lalu Sinar Harian
15 November 2015 Lori terbalik elak kereta memotong Sinar Harian
23 Oktober 2015 Nampak asap dari kedai awal pagi Sinar Harian
9 September 2015  Derita anak hidap penyakit kulit  Sinar Harian
27 Ogos 2015 Rumah dihempap pokok Sinar Harian
11 Ogos 2015 Jari kanak-kanak tersepit pintu kaca Sinar Harian
10 Ogos 2015 OKU miliki tujuh kedai fotostat Sinar Harian

Opening the Pusat Khidmat Hasil Kuala Krai Lembaga Hasil Dalam Negeri

Notifications

Opening the Pusat Khidmat Hasil Kuala Krai The Inland Revenue Board

Please be informed thatPusat Khidmat Hasil Kuala Krai The Inland Revenue Board began operations on 01.12.2015. Starting form the date all matters related to the Stamp Duty will be handled by the Pusat Khidmat Hasil Kuala Krai including 'memateri stamp'. In addition Revenue Service Centre will also provide advice on taxation.

Continue Reading

Program Ramah Mesra

Program Ramah Mesra bersama YB Dato' Timbalan Menteri Besar Kelantan bersama kakitangan Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai, kakitangan Majlis Daerah Kuala Krai dan Majlis Daerah Dabong
Date   : 28 September 2015
Time   : 8.30 am - 10.30 am
Venue : Bilik Gerakan Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai

Continue Reading

Majlis Tadarus Dan Berbuka Puasa Peringkat Jajahan Kuala Krai

  Majlis Tadarus Dan Berbuka Puasa Peringkat Jajahan Kuala Kraiwas held July 21, 2013 (Sunday) at Masjid Mukim Sungai Sok. The ceremony began with the opening speech by Yang Berhormat Yusnan Mohd Yusoff ADUN Melor merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan. Tadarus chaired by Naqib YB Al Fadhil Ust Zulkarnain bin hassanr, Lecturer KIAS. After the tadarus, iftar held diperkarangan Masjid Mukim Sungai Sok

Tilawah Al-Quran Peringkat Jajahan Kuala Krai

Tilawah Al-Quran Peringkat Jajahan Kuala Krai

         Tilawah Al-Quran peringkat jajahan Kuala Krai will be held on 17th March 2013 in conjunction with the 5 Jumada I 1434H. The event will be held at the Masjid Mukim Laloh.

         Residents around Kuala Krai are invited.

Tilawah Al-Quran Peringat Jajahan Kuala Krai

Tilawah Al-Quran Peringat Jajahan Kuala Krai


         Tilawah Al-Quran peringkat jajahan Kuala Krai will be held on 17th March 2013 in conjunction with the 5 Jamadil Awal 1434H. The event will be held at the Masjid Mukim Laloh.

         Residents around Kuala Krai are invited.

Peringatan Bencana Banjir

Peringatan Bencana Banjir

        Penduduk di sekitar Kuala Krai diminta berhati-hati berikut hujan yang turun tidak henti-henti. Sila Selamatkan Nyawa, Harta & Dokumen-dokumen lain.

       Untuk maklumat terkini tentang banjir sekitar Negeri Kelantan, sila layari Portal eBanjir Negeri Kelantan - http://ebanjir.kelantan.gov.my

Taklimat kepada Petugas-petugas Pilihanraya

Taklimat kepada Petugas-petugas Pilihanraya

Briefing to election officers, Chief Polling, Poll Clerks and Polling Centre Supervisors was held on 24-25 / 02/2013 at Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai

Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2012

Congratulations to all staff of PTJKK since won various categories in Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2012


Anugerah Inovasi Pentadbiran Tanah dan Jajahan
Johan - Sistem Pengiraan Pengurangan Tunggakan Denda

Anugerah Inovasi ICT
Tempat Kedua - e-Log Kenderaan

Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan
Tempat Ketiga - e-Log Kenderaan

  • myGOV
  • Kerajaan Negeri Kelantan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • mySMS 15888
  • ptjkb
  • ptjb
  • ptjm
  • ptjpp
  • ptjtm
  • ptjj
  • ptjgm
  • ptjt
  • ptjt