=

MAJLIS SAMBUTAN HARI INOVASI PERKHIDMATAN AWAM PERINGKAT NEGERI KELANTAN (AISAK)TAHUN 2018

Majlis Sambutan Hari Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Kelantan (AISAK) Tahun 2018 telah diadakan pada 5 November 2018 bertempat di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Nazran bin Muhammad selaku Setiausaha Kerajaan Kelantan. Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut dan mendapat tempat kedua dalam Kategori Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK).

Baca Selanjutnya

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2018 PERINGKAT NEGERI KELANTAN

Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai telah  menyertai Sambutan Hari Kebangsaan 2018 Peringkat Negeri Kelantan pada 31 Ogos 2018 (Jumaat), yang bertempat di Mini Stadium, Pasir Mas, Kelantan.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Ustaz Dato' Bentara Kanan, Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan.  

Baca Selanjutnya

MAJLIS LAFAZ IKRAR BEBAS RASUAH

Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah telah diadakan di Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai pada 12 April 2018. Majlis tersebut telah dihadiri oleh beberapa orang Pegawai SPRM dan semua kakitangan Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai.

Baca Selanjutnya

SUKANEKA PUSPANITA CAWANGAN JAJAHAN KUALA KRAI 2018

Puspanita Cawangan Jajahan Kuala Krai telah mengadakan sukaneka pada 21 Mac 2018 bersamaan 3 Rejab 1439H bertempat di Gelanggang Tenis, Kediaman Rasmi Ketua Jajahan Kuala Krai. Sukaneka tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Puspanita Cawangan Jajahan Kuala Krai Puan Hajjah Asmah binti Hj Ramli. Sukaneka tersebut telah berlangsung dengan jayanya.

Baca Selanjutnya

Majlis Penyampaian Hakmilik Tanah Desa Sri Pahi, Kuala Krai

YB Dato’ Timbalan Menteri Besar Kelantan telah hadir mewakili YAB Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan di Majlis Penyampaian Hak Milik Tanah Kediaman Desa Sri Pahi Jajahan Kuala Krai. Penyampaian terbebut telah diadakan pada 13 Disember 2017 bertempat di dewan Sri Guchil ,Kuala Krai. YB Dato’ Tmb menyampaikan pembahagian Surat Hak Milik Tanah untuk kediaman kepada seramai 421 orang penerima. Turut hadir sama YM Ketua Jajahan Kuala Krai.

Baca Selanjutnya

Program Sumbangan Ramadhan PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan bersama Majlis Orang-orang Besar di sekitar Jajahan Kuala Krai

Program Sumbangan Ramadhan PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan bersama Majlis Orang-orang Besar di sekitar Jajahan Kuala Krai telah diadakan pada 23 Mei 2017 bersama YM. Tengku Ketua Jajahan Kuala Krai, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Jajahan Kuala Krai, wakil MOB, Wakil Puspanita Cawangan Negeri Kelantan, wakil RISDA Negeri Kelantan dan AJK PUSPANITA Cawangan Jajahan Kuala Krai.

Baca Selanjutnya

Majlis Hi-Tea "Meet And Greet Hi-Tea"

Majlis Hi-Tea "Meet And Greet Hi-Tea" anjuran PUSPANITA Cawangan Jajahan Kuala Krai telah diadakan dengan jayanya pada 26 April 2017 (Rabu) bertempat di Dewan Majlis Daerah Kuala Krai. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Hajjah Ros Aini Binti Haji Ghazali, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan.

Baca Selanjutnya

Tawaran Pengurangan Tunggakan Denda Sebanyak 90% Kepada Semua Pemilik Tanah Yang Mempunyai Tunggakan Cukai Tanah

Sukacita dimaklumkan bahawa YAB Dato' Menteri Besar Kelantan dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2017 Negeri Kelantan pada 26 Oktober 2016 telah mengumumkan mengenai tawaran pengurangan tunggakan denda cukai tanah sebanyak 90% di bawah kelulusan Pengarah Tanah dan Galian mengikut peruntukan Kaedah 17A, Kaedah-Kaedah Tanah Kelantan 1966.

Tawaran ini berkuatkuasa bermula pada 01 November 2016 sehingga 31 Disember 2016 sahaja. Berikutan dengan itu, mana-mana permohonan pengurangan tunggakan denda yang diterima akan dipertimbangkan pengurangan sebanyak 90% tanpa mengambil kira kadar pengurangan denda yang sepatutnya layak dipertimbangkan sebagaimana Arahan PTG Bil. 1/2011.

Keratan Akhbar 2015

Tarikh Tajuk Sumber
19 Disember 2015 Terpaksa tinggal di beranda selepas banjir tahun lalu Sinar Harian
15 November 2015 Lori terbalik elak kereta memotong Sinar Harian
23 Oktober 2015 Nampak asap dari kedai awal pagi Sinar Harian
9 September 2015  Derita anak hidap penyakit kulit  Sinar Harian
27 Ogos 2015 Rumah dihempap pokok Sinar Harian
11 Ogos 2015 Jari kanak-kanak tersepit pintu kaca Sinar Harian
10 Ogos 2015 OKU miliki tujuh kedai fotostat Sinar Harian

Pembukaan Pusat Khidmat Hasil Kuala Krai Lembaga Hasil Dalam Negeri

Makluman

Pembukaan Pusat Khidmat Hasil Kuala Krai Lembaga Hasil Dalam Negeri

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Khidmat Hasil Kuala Krai mula beroperasi pada 01/12/2015. Mulai tarikh tersebut semua urusan berkaitan Duti Setem akan dikendalikan oleh Pusat Khidmat Hasil Kuala Krai termasuk urusan memateri setem hasil (mati setem). Selain itu Pusat Khidmat Hasil akan juga memberi khidmat nasihat berkaitan percukaian.

Baca Selanjutnya

Program Ramah Mesra

Program Ramah Mesra bersama YB Dato' Timbalan Menteri Besar Kelantan bersama kakitangan Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai, kakitangan Majlis Daerah Kuala Krai dan Majlis Daerah Dabong
Tarikh : 28 September 2015
Masa  : 8.30 pagi - 10.30 pagi
Tempat : Bilik Gerakan Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai

Baca Selanjutnya

Keputusan Tender Bil 01/2015

NOTIS MAKLUMAN KEPUTUSAN SEBUTHARGA
 
PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN KUALA KRAI
 
Merujuk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga Bil.01/2015, ahli lembaga mesyuarat telah menentukan beberapa kriteria kelayakan yang dikira sesuai dalam pemilihan kontraktor yang telah dinilai baru-baru ini berdasarkan kepada julat harga yang berpatutan, tempoh masa yang munasabah dan pengalaman kerja yang luas. Senarai kontraktor yang berjaya dalam perolehan ini adalah sebagaimana diberikut:
  TAJUK SEBUTHARGA KELAS KONTRAKTOR BERJAYA
  BP.PTJKK NO.01/2015 Gred : G2, Kategori : CE, Pengkhususan : CE01 TIGA SA ENTERPRISE
  Kerja-kerja menyelenggara Jalan Jenal di Mukim Kuala Gris, Daerah Dabong, DUN Dabong, Kuala Krai, Kelantan
  BP.PTJKK NO.02/2015 Gred : G1, Kategori : CE, Pengkhususan : CE01 KAMARUL SABAR ENTERPRISE
  Kerja-kerja menyelenggara Jalan Bukit Acheh, Mukim Batu Balai, Daerah Batu Mengkebang, DUN Guchil, Kuala Krai, Kelantan
  BP.PTJKK NO.03/2015 Gred : G1, Kategori : CE, Pengkhususan : CE01 WI CONSTRUCTION & TRADING
  Kerja-kerja menyelenggara Jalan Fauzi 2 di Kampung Batu Balai, Daerah Batu Mengkebang, DUN Guchil, Kuala Krai, Kelantan
  BP.PTJKK NO.04/2015 Gred : G1, Kategori : CE, Pengkhususan : CE01 SE-IKAWAN ENTERPRISE
  Kerja-kerja menyelenggara Jalan Belakang Masjid Kg Batu Jong, Mukim Batu Jong, Daerah Batu Mengkebang, DUN Mengkebang, Kuala Krai, Kelantan
  BP.PTJKK NO.05/2015 Gred : G1, Kategori : CE, Pengkhususan : CE01 CAHAYA MENGKEBANG ENTERPRISE
  Kerja-kerja menyelenggara Jalan Kg Bedal, Mukim Bedal, Daerah Batu Mengkebang, DUN Mengkebang, Kuala Krai, Kelantan
 
  BP.PTJKK NO.06/2015 Gred : G1, Kategori : CE, Pengkhususan : CE01 PUTRI JAYA ENTERPRISE
  Kerja-kerja menyelenggara Jalan Kg Jala, Mukim Lata Rek, Daerah Olak Jeram, DUN Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan
  BP.PTJKK NO.07/2015 Gred : G1, Kategori : CE, Pengkhususan : CE01 CAHAYA NAL ENTERPRISE
  Kerja-kerja menyelenggara Jalan Kg Cherang Melintang Sok, Mukim Lata Rek, Daerah Olak Jeram, DUN Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan
                   
  Disediakan oleh,            
  Urusetia              
  Jawatankuasa Sebutharga          
  Pejabat Tanah dan Jajahan          
  Kuala Krai              

Makluman

Pentadbiran Tanah Jajahan menghadapi masalah untuk berhubung dengan pemohon-pemohon tanah yang lama dengan menggunakan alamat yang sukar dikesan, dipohon supaya pemohon-pemohon tanah  tampil ke Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai bagi mengemaskini alamat & menyelesaikan urusan permohonan.

Majlis Tadarus Dan Berbuka Puasa Peringkat Jajahan Kuala Krai

Majlis Tadarus Dan Berbuka Puasa Peringkat Jajahan Kuala Krai telah diadakan 21 Julai 2013 (Ahad) bertempat di Masjid Mukim Sungai Sok. Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian Yang Berhormat Yusnan Mohd Yusoff ADUN Melor merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan. Majlis Tadarus diketuai oleh Naqib YB Al Fadhil Ust Zulkarnain bin hassan , Pensyarah KIAS. Selepas majlis tadarus, majlis berbuka puasa diadakan diperkarangan Masjid Mukim Sungai Sok

Tilawah Al-Quran Peringkat Jajahan Kuala Krai

 Tilawah Al-Quran Peringkat Jajahan Kuala Krai

        Tilawah Al-Quran peringkat jajahan Kuala Krai akan diadakan pada 17hb Mac 2013 bersamaan dengan 5 Jamadil Awal 1434H. Majlis ini akan diadakan di Masjid Mukim Laloh.

        Penduduk di sekitar Kuala Krai dijemput hadir.

Tilawah Al-Quran Peringat Jajahan Kuala Krai

Tilawah Al-Quran Peringat Jajahan Kuala Krai

        Tilawah Al-Quran peringkat jajahan Kuala Krai akan diadakan pada 17hb Mac 2013 bersamaan dengan 5 Jamadil Awal 1434H. Majlis ini akan diadakan di Masjid Mukim Laloh.

        Penduduk di sekitar Kuala Krai dijemput hadir.

 

Peringatan Bencana Banjir

Peringatan Bencana Banjir

        Penduduk di sekitar Kuala Krai diminta berhati-hati berikut hujan yang turun tidak henti-henti. Sila Selamatkan Nyawa, Harta & Dokumen-dokumen lain.

       Untuk maklumat terkini tentang banjir sekitar Negeri Kelantan, sila layari Portal eBanjir Negeri Kelantan - http://ebanjir.kelantan.gov.my

Taklimat kepada Petugas-petugas Pilihanraya

 Taklimat kepada Petugas-petugas Pilihanraya

Taklimat kepada petugas-petugas pilihanraya iaitu Ketua Tempat Mengundi, Kerani Pengundian dan Penyelia Pusat Mengundi telah diadakan pada 24-25/02/2013 bertempat di Dewan Petra, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai

Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2012

Tahniah kepada seluruh warga kerja PTJKK kerana telah berjaya memenangi pelbagai kategori dalam Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2012

Anugerah Inovasi Pentadbiran Tanah dan Jajahan
Johan - Sistem Pengiraan Pengurangan Tunggakan Denda

Anugerah Inovasi ICT
Tempat Kedua - e-Log Kenderaan

Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan
Tempat Ketiga - e-Log Kenderaan

  • myGOV
  • Kerajaan Negeri Kelantan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • mySMS 15888
  • ptjkb
  • ptjb
  • ptjm
  • ptjpp
  • ptjtm
  • ptjj
  • ptjgm
  • ptjt
  • ptjt