=

Message from the District Officer


bismillah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah ,saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran yang tidak terhingga kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Laman Web Rasmi Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai ini dapat dibangunkan, secara umumnya Teknologi Maklumat adalah sangat penting dan merupakan aset utama dalam pembangunan sesebuah negara.

Dengan kepesatan Dunia Sains dan Teknologi, Teknologi Maklumat dapat membantu pekerja sektor awam meningkatkan prestasi serta kualiti pejabat kerajaaan khususnya Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai. Laman Web Rasmi Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai telah mendapat pengiktirafan 5 bintang dan ini dapat memudahkan pengguna untuk berinterasi dengan laman ini kerana laman web ini merupakan saluran utama komunikasi antara pengguna-pengguna (client) dengan warga kerja Perjabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai.

Umun diketahui pada akhir tahun 2014 Kuala Krai telah dilanda banjir besar atau dikenali sebagai 'Bah Kuning'. Pejabat Tanah Jajahan Kuala Krai sebagai pusat operasi banjir utama telah berjaya menguruskan mangsa banjir sewaktu dan selepas berlaku banjir besar. Pengurusan mangsa-mangsa banjir masih berterusan dan kian dalam operasi akan menyiapkan rumah kekal. Maklumat pengurusan banjir dihebahkan melalui laman web rasmi atau media sosial Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai.

Saya sedar matlamat untuk mencapai tahap perkhidmatan yang cemerlang bagi sesebuah organisasi bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya memerlukan keinginan dan komitmen yang tinggi di kalangan pekerja untuk memperbaiki dan memajukan diri seiring dengan perkembangan teknologi maklumat kini.

Adalah menjadi harapan saya, Laman Web Rasmi ini menjadi satu sumber maklumat penting dan bahan rujukan kepada semua pihak. Kesempatan ini juga, saya merakamkan ucapan tahniah kepada para pegawai dan semua yang terlibat dalam menghasilkan laman web rasmi ini. InsyaAllah, marilah sama-sama kita berdoa semoga usaha murni ini mendapat keberkatan Allah S.W.T.

Sekian,wassalam

HJ TENGKU AZMI BIN TENGKU JAAFAR
(KETUA JAJAHAN KUALA KRAI)

Tags: kuala krai, Ketua Jajahan

Print Email

  • myGOV
  • Kerajaan Negeri Kelantan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • mySMS 15888
  • ptjkb
  • ptjb
  • ptjm
  • ptjpp
  • ptjtm
  • ptjj
  • ptjgm
  • ptjt
  • ptjt